3 APRIL 2012, SELASA
Hari itu merupakan hari penuh debaran , kerana aku
akan dibedah kerana HERNIA . tepat pada pukul 9pagi, pihak hospital
mengusugku masuk ke bilik pembedahan . Gementar, takut, sedih menyelubungi
minda ku ketika itu , tetapi aku kuat kan diri tabah kan hati untuk melalui
semuanya. Ujian dari Allah merupakan ujian sebenar dalam hidup kita sebagai
umat Islam di muka bumi ini . Lebih kurang satu jam setengah aku berada
di dalam bilik pembedahan . Alhamdulilah semuanya selamat . Pembedahan berjalan
dengan lancarnya. Abah , mama dan kakak menjaga aku sepanjang aku berada di
hospital . Tak lupa juga teman ku yang mempunyai
tempat dalam hatiku sentiasa memberi aku semangat untuk lebih kuat . :)
Tambahan lagi, ada juga beberapa temanku yang dtg
melawat dan menjenguk keadaan ku sepanjang berada di KMC iaitu Zalimatulshima,
Nurnajat nadira, dan Nur liyana . Memandangkan pembedahan dilakukan di alor
setar , tak ramai lah kenalan mama dan abah yg sempat dtg melawat . Hanya
beberapa kenalan mama yg dtg melawat ,itupun kenalan mama yg berada di alor
setar . Rakan2 ku juga tidak ramai yg sempat dtg oleh kerana mereka sedang
sibuk belajar di matrik dan universiti. Walaubagaimanapun ramai yg bertanya
khabarku melalui telefon dan facebook. J Aku merasa
gembira dengan sikap mereka yang mengambil berat terhadap aku . 2 hari aku
berada di KMC, aku dibenarkan
pulang ke rumah . haaaa. Mulalah pantang makanan , kerja2 berat tidak boleh
dilakukan . Di rumah , kakak yg menjaga aku ketika abah dan mama pergi ke
kerja. J
mereka melayan aku seperti anak raja . hehe. Untung lahh kann ? Kebetulan,
memang aku sedang bercuti seminggu . ( CUTI MIDSEM ) .
alhamdulilah laa awk selamat..
ReplyDeleteyaa. alhmdulilahhh :D
ReplyDelete