Friday 20 April 2012


3 APRIL 2012, SELASA

Hari itu merupakan hari penuh debaran , kerana aku akan dibedah kerana HERNIA . tepat pada pukul 9pagi, pihak hospital mengusugku masuk ke bilik pembedahan . Gementar, takut, sedih menyelubungi minda ku ketika itu , tetapi aku kuat kan diri tabah kan hati untuk melalui semuanya. Ujian dari Allah merupakan ujian sebenar dalam hidup kita sebagai umat Islam di muka bumi ini . Lebih kurang satu jam setengah aku berada di dalam bilik pembedahan . Alhamdulilah semuanya selamat . Pembedahan berjalan dengan lancarnya. Abah , mama dan kakak menjaga aku sepanjang aku berada di hospital . Tak lupa juga teman ku yang mempunyai tempat dalam hatiku sentiasa memberi aku semangat untuk lebih kuat . :) 
Tambahan lagi, ada juga beberapa temanku yang dtg melawat dan menjenguk keadaan ku sepanjang berada di KMC iaitu Zalimatulshima, Nurnajat nadira, dan Nur liyana . Memandangkan pembedahan dilakukan di alor setar , tak ramai lah kenalan mama dan abah yg sempat dtg melawat . Hanya beberapa kenalan mama yg dtg melawat ,itupun kenalan mama yg berada di alor setar . Rakan2 ku juga tidak ramai yg sempat dtg oleh kerana mereka sedang sibuk belajar di matrik dan universiti. Walaubagaimanapun ramai yg bertanya khabarku melalui telefon dan facebook. J Aku merasa gembira dengan sikap mereka yang mengambil berat terhadap aku . 2 hari aku berada di KMC, aku dibenarkan pulang ke rumah . haaaa. Mulalah pantang makanan , kerja2 berat tidak boleh dilakukan . Di rumah , kakak yg menjaga aku ketika abah dan mama pergi ke kerja. J mereka melayan aku seperti anak raja . hehe. Untung lahh kann ? Kebetulan, memang aku sedang bercuti seminggu . ( CUTI MIDSEM ) .